Pengikut

Rabu, 19 Ogos 2009

Wuduk Sebagai Tangkal Selsema Babi (H1N1)

Salah satu cara untuk menghindari selsema babi adalah dengan memakai penutup hidung dan mulut serta kerap membasuh tangan dan muka.Sebagai seorang muslim kita mengambil wuduk sebanyak 5 kali sehari dan semalam sebelum melakukan sembahyang fardhu,sunat atau ketika ingin membaca al-quran.Malah kita juga disarankan berwuduk apabila hendak mempelajari sesuatu ilmu dan ketika hendak masuk tidur kerana sesungguhnya wuduk itu dapat menggugurkan dosa2 kecil yang sentiasa dilakukan dan menjadikan seseorang itu sentiasa dalam berkeadaan bersih di samping menambah keserian wajah.
Daripada Umar bil al-Khattab katanya:"Ada seorang lelaki yg berwuduk tetapi ada kakinya yang tidak terkena air selebar kuku.Dan hal itu dilihat olen Nabi SAW.Disebabkan itu Baginda bersabda yg bermaksud:"Ulang kembali wudukmu dengan sempurna dan sebagus-bagusnya."Orang itu pun berwuduk kembali dan sesudah itu dia solat."(Hadis riwayat Muslim)
Maka ini disarankan kepada musliman dan muslimat sekalian sempena bulan Ramadhan yg mulia ini marilah kita senantiasa mengekalkan diri kita dengan wuduk di samping melakukan amalan2 yg mendatangkan pahala kepada kita sebagai seorang muslim dan marilah kita tinggalkan sementara atau selamanya perbuatan umpat-mengumpat,keji- mengeji,kafir-mengkafir,fitnah-memfitnah dan perbuatan seangkatan dengannya.

Tuntutan wuduk secara sempurna membolehkan solat penuh khusyuk

Salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil wuduk dan wuduk yg ermpurna membolehkan kseseorang mengerjakan solat dgn penuh khusyuk.Ketika berwuduk diharuskan membaca doa tertentu serpeti berikut :-
  • Ketika berkumur,berniatlah:"Ya Allah ampunilah dosa mulut dan lidahku ini"
  • Ketika membasuh muka berniatlah:"Ya Allah,putihkanlah(berikanlah cahaya) pada mukaku di akhirat kelak.janganlah Kau menghitamkan mukaku ini.
  • Ketika membasuh tangan kanan,berniatlah:"Ya Allah ,berikanlah buku hisabku di tangan kananku ini".
  • Ketika membasuh tangan kiri,berniatlah:"Ya Allah,janganlah Kau berikan buku hisabku di tangan kiriku ini."
  • Ketika membasuh kepala,berniatlah:"Ya Allah,lindunglah aku daripada terik matahari di padang Mahsyar dengan ArasyMu."
  • Ketika membasuh telinga,berniatlah:"Ya Allah,ampunilah dosa telingaku ini."
  • Ketika membasuh kaki kanan,berniatlah:"Ya Allah,permudahkanlah aku melintasi Siratul Mustaqim."
  • Ketika membasuh kaki kiri,berniatlah:"Ya Allah,bawakanlah daku pergi ke masjid,surau dan bukan tempat maksiat."

3 ulasan:

Ashley Ahmed berkata...

Salam,

Artikel hang sungguh bernas, wabak ini diturunkan Allah utk menyedarkan manusia, muslim yg tidak solat tentunya tidak membasuh tgnnya 5x sehari.

Lin berkata...

SALAM

SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN INI SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MEMOHON MAAF ATAS KEKASARAN BAHASA SEMASA MEMBERI ULASAN KEPADA SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN

SEMOGA RAMADHAN INI DAPAT MENYATUKAN HATI UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI...

SALAM SEJAHTERA

UMNO PARTI PENJARA berkata...

Info yang baik..








>>> Blog 1 Malaysia <<<