Daripada Umar bil al-Khattab katanya:"Ada seorang lelaki yg berwuduk tetapi ada kakinya yang tidak terkena air selebar kuku.Dan hal itu dilihat olen Nabi SAW.Disebabkan itu Baginda bersabda yg bermaksud:"Ulang kembali wudukmu dengan sempurna dan sebagus-bagusnya."Orang itu pun berwuduk kembali dan sesudah itu dia solat."(Hadis riwayat Muslim)
Maka ini disarankan kepada musliman dan muslimat sekalian sempena bulan Ramadhan yg mulia ini marilah kita senantiasa mengekalkan diri kita dengan wuduk di samping melakukan amalan2 yg mendatangkan pahala kepada kita sebagai seorang muslim dan marilah kita tinggalkan sementara atau selamanya perbuatan umpat-mengumpat,keji- mengeji,kafir-mengkafir,fitnah-memfitnah dan perbuatan seangkatan dengannya.
Tuntutan wuduk secara sempurna membolehkan solat penuh khusyuk
Salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil wuduk dan wuduk yg ermpurna membolehkan kseseorang mengerjakan solat dgn penuh khusyuk.Ketika berwuduk diharuskan membaca doa tertentu serpeti berikut :-
- Ketika berkumur,berniatlah:"Ya Allah ampunilah dosa mulut dan lidahku ini"
- Ketika membasuh muka berniatlah:"Ya Allah,putihkanlah(berikanlah cahaya) pada mukaku di akhirat kelak.janganlah Kau menghitamkan mukaku ini.
- Ketika membasuh tangan kanan,berniatlah:"Ya Allah ,berikanlah buku hisabku di tangan kananku ini".
- Ketika membasuh tangan kiri,berniatlah:"Ya Allah,janganlah Kau berikan buku hisabku di tangan kiriku ini."
- Ketika membasuh kepala,berniatlah:"Ya Allah,lindunglah aku daripada terik matahari di padang Mahsyar dengan ArasyMu."
- Ketika membasuh telinga,berniatlah:"Ya Allah,ampunilah dosa telingaku ini."
- Ketika membasuh kaki kanan,berniatlah:"Ya Allah,permudahkanlah aku melintasi Siratul Mustaqim."
- Ketika membasuh kaki kiri,berniatlah:"Ya Allah,bawakanlah daku pergi ke masjid,surau dan bukan tempat maksiat."
3 ulasan:
Salam,
Artikel hang sungguh bernas, wabak ini diturunkan Allah utk menyedarkan manusia, muslim yg tidak solat tentunya tidak membasuh tgnnya 5x sehari.
SALAM
SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN INI SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MEMOHON MAAF ATAS KEKASARAN BAHASA SEMASA MEMBERI ULASAN KEPADA SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN
SEMOGA RAMADHAN INI DAPAT MENYATUKAN HATI UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI...
SALAM SEJAHTERA
Info yang baik..
>>> Blog 1 Malaysia <<<
Catat Ulasan