Pengikut

Rabu, 17 Jun 2009

Komen oleh Hilbertmontel di blog Saiful sesuai untuk renungan

hilbertmontell said...
Salam sdr Saiful,Bagaimana Noorool Izzah tahu yang dia punya papa akan menang dalam perbicaraan tu nanti. Tak masuk akal sekali. Boleh juga dia menilik keputusan para hakim tu nanti ye... jadi "nujum anak belalang" lah Nurul Izzah kelak.Macamana keputusan hakim tu dah diketahui awal oleh Izzah. Sapa yang membocorkannya..??Tu lah kata orang...kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Kalau nak jadi wakil rakyat tu..apalagi peringkat Parlimen macam Izzah tu..kenalah betul-betul matang dulu..jangan nak jadi wakil rakyat main terjun saja, macam "bidan terjun", dapatkan ilmu sebanyak mungkin, belajar memberi kenyataan dengan berhati-hati,Izzah jangan lah anda memperlekehkan keluhuran undang-undang negara. Jangan anda mendahului keputusan hakim. Biar sekuat manapun keyakinan Izzah bahawa Anwar akan menang, dia tidak boleh membuat kenyataan seumpama itu..., itu dah termasuk dalam kes menghina mahkamah dah tu..Mahkamah harus dihormati. Tunggu saja keputusan yang dibuat setelah perbicaraan selesai. Jadi dia hanya perlu minta Anwar hadir saja di Mahkamah pada 1 Julai nanti.Buktikan kat sana kalau betul-betul Anwar tidak bersalah. Apa nak ditakutkan.Pasal campur tangan politik yang didakwa oleh Izzah itu, ianya agak kurang jelas. Pihak BN ke atau Pakatan Pembangkang yang beliau maksudkan. Kalau Izzah tuduh pihak BN, dia memang silap...BN tidak akan berbuat demikian. BN sentiasa patuh kepada peraturan serta undang-undang negara walaupun BN yang berkuasa di Negara ini..kerana BN sentiasa sedar bahawa BN pun tertakluk kepada kepada undang-undang yang sedia ada.Jika campurtangan dari pihak Pembangkang itu, saya rasa mungkin adalah...sebab YB-YB dari PKR serta DAP yang akan menjadi peguambela Anwar kelak..tak tahu berapa orang tapi tetap ada. Dalam PKR dan DAP kan banyak lawyer-loyar buruk.Nurul Izzah juga perlu sedar bahawa orang yang menggubal undang-undang di Parlimen adalah semua ahli Parlimen tanpa mengira fahaman politik yang mereka bawa termasuk Izzah juga. Apabila ianya telah diluluskan untuk digunapakai dimahkamah, maka ianya macam sekaranglah...semua orang akan melalui jika melanggar undang-undang yang telah dipersetujui bersama.Sebaiknya sekarang Izzah serahkan saja kepada mahkamah untuk menentukan kedudukan kes ini, jangan membuat penghakiman sendiri, lebih-lebih lagi dengan keadaan beliau yang sekarang adalah seorang wakil rakyat atau ahli Parlimen Lembah Pantai dan dia bukannya rakyat biasa lagi..jadi tumpukan saja masa anda dikawasan anda..berikan perkhidmatan yang terbaik sebagaimana yang dijanjikan kepada rakyat sewaktu PRU12 dulu...Akhir sekali, diharap segala bukti-bukti yang diminta oleh Anwar itu, hendaklah JANGAN dilayan. PKR mempunyai banyak ahli yang pakar dalam soal edit mengedit.,ubah mengubah. Diharap pihak Mahkamah tidak akan tunduk kepada kemahuan Anwar serta konco-konco beliau. Banyak sangat dah "kelonggaran" diberikan kepada Anwar sejak dari kes ini bermula. Jadi Mahkamah kena adillah juga kepada pihak lain terutamanya kepada sdr Saiful.Belum pernah dalam sejarah perundangan di Negara kita, suspek kepada sesuatu kes telah mendapat layanan yang sebegitu istimewa sekali sebagaimana yang diberikan Mahkamah kepada Anwar. Jadi Mahkamah kena adil kena semua orang. Bukan Anwar seorang saja yang jadi rakyat Malaysia.Salam dan Terima Kasih...
Jun 14, 2009 12:18:00 PM


antihero:-nampak sangat anwar aljubri sekeluarga dalam ketakutan menanti 1 julai 2009 pasal tu nurul izah buat statement ayah beliau akan menang perbicaraan kes liwat dan amk akan berdemonstarsi kalau anwar kalah kes liwat ITU SEMUA HANYA NAK BAGI TEKANAN PADA HAKIM UNTUK BUAT KEPUTUSAN MENYEBELAHI ANWAR BUKAN KAH ITU JUGA SATU CAMPUR TANGAN POLITIK.

Tiada ulasan: