ISA WAJAR DI KEKALKAN DEMI KESELAMATAN RAKYAT DAN NEGARA
-oleh sentiasa sedar diri(Shah Alam)
Banyak kedengaran rungutan dari pihak tertentu yang mahukan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di hapuskan tetapi tidak kurang juga suara majoriti rakyat yang mahukan ISA di kekalkan demi keselamatan rakyat dan negara.
Saya antara yg bersetuju supaya ISA dikekalkan.Memandangkan di negara kita ini masih terdapat manusia bersifat seperti musang berbulu ayam,menggunting kain dalam lipatan,lebih berbahaya yg boleh mengancam keselamatan awam yg tidak berdosa.Andainya ISA dihapuskan maka akan memberi peluang kepada mereka seperti yg di sebutkan tadi,BERMAHARAJALELA.
Jikalau kita tidak melakukan sebarang kesalahan ,apa yg hendak dirisaukan?
ISA bukanlah satu penyeksaan malah ianya adalah satu pengajaran bagi mereka yg degil serta angkuh bertindak ganas menyusahkan org lain.
Pihak tertentu haruslah bersikap waras serta matang dalam menilai sesuatu perkara yg dilarang oleh kerajaanh dan usah sewenang-wenangnya mendesak kerajaan supaya menghapuskan ISA.
bagi pendapat saya yang cintakan keamanan eloklah ISA dikekalkan walaupun ada pihak mengangap ianya sudah ketinggalan zaman.Alasan itu sebenarnya tidak logik selagi ada keganasan REFORMASI JALANAN selagi itulah ISA patut dikekalkan bagi mengelakkan kekacauan berleluasa di negara ini andainya perkara ini berlaku,yg susah adalah rakyat dan pembangkang hanya tahu menunding jari ke arah pihak berkuasa kononnya rakyat tidak di beri hak kebebasan bersuara menuduh kerajaan zalim.Meskipun kebebasanbersuara adalah hak semua tetapi biarlah kene pada pada tempatnya.Jika kebebasan disalah guna,beginilah jadinya negeri kita yg aman menjadi kacau bilau.
Jika diri sendiri yg tidak betul usahlah org lain pula yg jadi sasaran.Memang itulah sikap pembangkang .Bukan mudah untuk menjadi pemimpin kerana tanggung jawap terhadap rakyat perlu di tangani dgn bijak.Bercakap mmg mudah.Mmg setiap apa yg kita harapkan tidak semudah seperti yg kita jangka kerana manusia hanya pandai menilai diri org lain namum masih ramai yg mampu menilai diri sendiri.Fikir-fikirkan lah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan