Pengikut

Khamis, 18 Jun 2009

Melayu Islam Di Diskriminasi Di Bumi Sendiri

PPIM mahu info lengkap isu usahawan didiskriminasi
Abdul Rahim Sabri Jun 18, 09 1:18pm
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta aduan lengkap disampaikan kepadanya berhubung dakwaan pengusaha francais Old Town White Coffee mendiskriminasi usahawan Melayu-Islam.Ketua Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, pihaknya mengesa seorang pengadu isu tersebut menyerahkan maklumat lebih terperinci sebelum siasatan selanjutnya dijalankan."Kita tidak dapat mengesahkan sejauh mana kebenaran aduan tersebut. Kalau ada dua, tiga aduan lagi, kemungkinan ada kebenarannya (dakwaan tersebut)," katanya, mengesahkan menerima aduan itu melalui emel."Aduan yang ada kredibiliti supaya tidak dianggap bentuk tohmahan".Aduan kepada PPIM itu – yang turut dimuatkan dalam forum internet di laman web Pemuda PAS Dungun, Tranungkite.net – antaranya menyatakan:"Rakan kami telah berhubung dan berjumpa dengan pengusaha Old Town White Coffee untuk mendapatkan peluang franchisee daripada syarikat mereka dengan modal sendiri di rumah kedai yang kami miliki di lokasi strategik."Alangkah terkejutnya kami ialah jawapan dari pihak pengusaha francais tersebut adalah 'kami tidak beri peluang ini kepada orang Melayu Islam untuk berniaga.' " Noor Nirwandy menambah, persatuannya hanya menerima satu aduan sahaja dan tidak boleh membuat siasatan berdasarkan maklumat tersebut yang dianggap bertaraf cakap dengar" semata-mata.Beliau malah menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dapat melakukan siasatan mereka sekiranya menerima aduan tersebut."Sekiranya (beliau) mendengar khabar ini, siasat segera supaya tidak berlaku diskriminasi dalam perkara ini," katanya.Malaysiakini sedang menunggu reaksi pengusaha kafeteria itu yang semakin cepat berkembang dalam industrinya. -Sumber Malaysiakini

BOIKOT OLD TOWN JIKA BENAR MEREKA DISKRIMINASI ORG2 MELAYU.NAMPAK SANGAT AGENDA TERSIRAT KAUM2 PENDATANG UNTUK MENSABOTAJ EKONOMI ORANG MELAYU DENGAN CARA KOTOR.MINTA KERAJAAN SIASAT KEMUNGKINAN OLD TOWN ADA MEMPUNYAI PERTALIAN DENGAN PKM ATAU PERTUBUHAN2 YANG BERIDEOLOGI KAN PERKAUMAN.

Tiada ulasan: