'Boneka Umno' suka k'jaan perpaduan
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas lagi pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka "boneka Umno".Beliau juga dilaporkan tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Mustafa Ali, hari ini dilantik setiausaha agung PAS, supaya semua pemimpin parti itu dan Pakatan Rakyat berhenti membuat kenyataan umum berhubung isu tersebut bagi mengelak kekeliruan."Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat. "(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas."Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno," Nik Aziz dipetik berkata selepas meraikan rombongan guru fardu ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di Kota Bharu hari ini.Nik Aziz berkata jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, lapor agensi berita itu lagi, "ia sebenarnya adalah ilham Umno", lapor Bernama.Menjawab soalan bahawa isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri, menteri besar itu berkata kenyataan itu bukannya menggambarkan kehendak PAS."Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya.Mengenai saranan Mustafa itu, Nik Aziz berkata tidak ada sebab ahli parti tidak boleh mempersoalkan isu itu."Soalnya tutup kerana apa? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari PAS, tapi orang tertentu dalam PAS, dia sudah berasa bahaya bagi dia, maka dia minta tutup," katanya. "Mana
boleh tutup mulut manusia."
Petikan dari Malaysiakini
Idea kerajaan perpaduan ini datang nya dari presiden Pas Haji Hadi bukan dari sesiapa pun dan bukan dari UMNO malah masa muktamar hari tu pun presiden Pas tetap pertahankan idea kerajaan perpaduan beliau.Jika betul seperti yg di kata oleh Nik Ajis org yg mempertahankan kerajaan perpaduan adalah boneka umno hanya syukur alhamdullilah yg aku boleh kata kan kerana lebih baik menjadi boneka Umno yg matlamat perjuangan nya untuk mempertahankan melayu dan islam dari menjadi boneka anwar dan dap kerana matlamat utama anwar dan dap hanyalah untuk menghancurkan pemerintahan org melayu islam di samping merompak kekayaan bumi melayu ini.
Buat saudara Nik ajis lebih baiklah saudara berhenti dari berkecimpong dalam arena politik tanahair kerana banyak perkataan melalut atau lalok dan sebagainya keluar dari mulut saudara
dan itu tidak baik untuk perpaduan ummah lebih2 lagi status saudara sebagai Mursyidul Am dan ulama atau pun saudara tarbiah atau memujuk saja Kapal karam sing dan lim kit siang untuk memeluk islam.
Nik Aziz tidak relevan lagi. Nik Aziz terlalu mengikut buntut para penasihat. Lihatlah Pak Lah yang hanya 6 tahun menjadi 'pengikut buntut penasihat' dan akhirnya terpaksa berundur. Apa pula dengan Nik Aziz yang telah 19 tahun bersuara dengan kapasiti boneka?
1 ulasan:
Salam AntiHero...
Pok Nik masih menganggap dirinya adalah nakhoda Pas. Pok Nik pernah berkata yang dalam satu kapal tak ada 2 nakhoda? Seolah-olah tidak mengiktiraf Presiden Parti? Sebab itulah segala idea dari Haji Hadi untuk kebaikan umat Islam akan di tentangnya. Baginya DAP Kit Siang anak beranak dan King Karpal anak beranak serta Anuar anak beranak adalah lebih suci dari UMNO yang 99% adalah beragama Islam. Pok Nik begitu benci akan UMNO yang pernah beliau menjadi ahlinya pada suatu ketika dahulu? Mungkin mahu, tapi malu???
Wallahuallam.
Salam perjuangan
Catat Ulasan