Pengikut

Khamis, 11 Mac 2010

WAJARKAH MAJALAH AL-ISLAM MEMINTA MAAF PADA PENGANUT KRISTIAN DI MALAYSIA?


Majalah Al-Islam membuat permohonan maaf secara terbuka kepada gereja Katolik dan penganut Kristian berhubung penyiaran artikel 'Tinjauan Al Islam dalam Gereja: Mencari Kesahihan Remaja Melayu Murtad', keluaran Mei 2009.-MalaysiaKini




Sebenarnya agak lambat bagi saya mengulas berita di MalaysiaKini kerana kesuntukkan masa.Tapi ini tidak menghalang saya untuk menulis mengenai perkara ini.Ketika membaca artikel ini di MalaysiaKini hati saya agak tersentak memikirkan kewajaran Al-Islam memohon maaf pada penganut Kristian.Apa perlunya majalah ini memohon maaf ?Adakah 2 org wartawan itu telah mencemarkan gereja ataupun telah mensabotaj majlis sembahyang penganut kristian semasa mereka berada di dalam gereja?Adakah wartawan2 ini berniat buruk semasa mereka memasuki gereja sehingga terpaksa memohon maaf?BUKAN KAH TUJUAN 2 WARTAWAN INI MEMASUKI GEREJA HANYA UNTUK MENYIASAT KESAHIHAN GEJALA MURTAD YANG MELANDA BANGSA MELAYU ISLAM DI MALAYSIA?JADI APA PERLUNYA PERMOHONAN MAAF INI?MALAH PIHAK GEREJA PATUT BERTERIMA KASIH PADA WARTAWAN INI KERANA SECARA TIDAK LANGSUNG TELAH MEMBERSIHKAN NAMA GEREJA TERSEBUT DARI PANDANGAN BURUK MASYARAKAT ISLAM TENTANG ADANYA CUBAAN PIHAK GEREJA UNTUK MEMURTADKAN PENGANUT ISLAM.ADAKAH DESAKKAN UNTUK PERMOHONAN MAAF INI HANYA UNTUK MENGABURI MATA PIHAK BERKUASA DAN MASYARAKAT ISLAM AM NYA BAHAWA MEMANG ADA GERAKAN TERANCANG MUBALIGH2 KRISTIAN CUBAAN UNTUK MEMURTADKAN PENGANUT ISLAM?

TAPI WALAU APA PUN BERITA DI MALAYSIAKINI MMG HEBAT KERANA MENGGUNAKAN PERKATAAN 'MENCEROBOH' PADA 2 WARTAWAN TERSEBUT.PERKATAAN YANG SENGAJA DI ADA2 KAN DGN TUJUAN MENUNJUKKAN NIAT BURUK WARTAWAN AL-ISLAM.

NAMPAK GAYANYA KELUARAN BULAN MAJALAH AL-ISLAM UNTUK APRIL 2010 TIDAK DAPATLAH UNTUK SAYA MEMBELINYA.TERPAKSALAH SAYA BOIKOT UNTUK 1 BULAN KERANA TIDAK SANGGUP MELIHAT PERMOHONAN MAAF YANG TIDAK PERLU ITU.

Ahad, 7 Mac 2010

Saya Kembali


Salam untuk semua.

Sebelum bermula di minta semua pembaca blog sudi membacakan Al-Fatihah sebagai sedekah untuk arwah adik saya yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di KL pada 16/1/2010.Setelah koma selama 4 hari arwah adik saya telah meninggalkan kami sekeluarga pada 19/1/2010 selepas solat isyak dan selamat di kebumikan keesokan harinya.Sehingga hari ini keluarga pemandu cina tersebut masih belum lagi melawat keluarga kami sebagai tanda meminta maaf.

Buat semua pemandu kenderaan plssss dont drink and drive buruk padahnya kerana boleh menyebabkan kemalangan yg melibatkan nyawa mereka2 yg tidak bersalah.


Rupanya segala kegelisahan dan ketidak tenteraman di jiwa sejak Desember 2009 membawa petanda bahawa kami sekeluarga akan kehilangan seorang adik perempuan yang tercinta.Walau apapun kami sekeluarga tetap menerima musibah ini sebagai satu dugaan di dalam hidup ini.

Dan kini semangat untuk menulis kembali memuncak selepas 46 hari pemergian arwah adik saya Nur Shahida.

sekian.